Nuffnang Top

Thursday, November 17, 2011

Believe You Can And You're Halfway There

Sekarang dah 18 bulan bersamaan dengan 1 tahun 6 bulan aku kerja dekat sini. Tough one. Sometimes, I can't believe I've managed to tahan this long.

Kadang-kadang teringat kerja dekat Sunway College dulu. Kerja tak susah sangat tapi gaji tak banyak. Well. Something got to give. Kalau nak kerja yang simple, gaji sikit je lah dapat. Nak gaji masyuk, kena lah tahan sikit. Memang semua orang nak kerja senang. Tak banyak buat kerja. Kerja banyak jalan-jalan. Tapi sampai bila nak macam tu? Gaji sikit. Jangan cakap nak beli kereta, nak makan tempat mahal pun 2 bulan sekali. Kahwin? Jangan mimpi la woi.

Dulu kerja kat Sunway, simple je. Jaga kaunter dekat computer lab dan pantau helpdesk system. Kalau ada masalah, terus pergi assist. Kalau jaga kaunter lab tak susah pun. Duduk situ tunggu sampai gaji masuk. Bosan-bosan cuci mata, lengloi ramai. Amoi ada, Eropah ada, Caucasian ada, Mak Teh ada, Mak Tam pun ada. Shift ada dua, 9-5 dengan 12-9. Shift 12-9 yang seram sikit. Kena tutup lab dekat bangunan yang semestinya dah kosong lepas pukul 7. Student semua dah berambus. Siap ada kes histeria kat bangunan tu. Ada minah berlari pusing 1 bangunan tu sambil menjerit. Pak guard pun cuak tunggu bantuan orang ramai masuk, baru dia berani masuk line. Tiba-tiba bajet berani pulak. Masa ramai-ramai tahan budak tu, di khabarkan bahawa kekuatan aweks tu bersamaan dengan kekuatan wrestler Rikishi Phatu (click sini untuk sesi suai kenal abam Rikishi) WTF apakah itu? Dulu, kalau aku kena shift tu, pergi sana pasang MP3. Jalan pun pandang lantai je.

Kalau dapat shift infra office lagi bres. Duduk kat situ macam tunggul kayu sampai pukul 5. Time tu boleh surf internet sampai muntah tapi kena jaga punggung masing-masing takut boss pun join sama surf dekat belakang aku. Dulu ada kawan aku kantoi surf Jobstreet kena sound dengan boss situ. Menggelabah boss tu melatah. Takut member aku chow kut. Kat sana ramai member yang betul-betul boleh di percayai since diorang pun berasal dari college yang sama macam aku. Serius syok kalau ada budak kolej kita, dapat kerja 1 company dengan kita. Boleh gelak-gelak dengan gila-gila macam time kolej dulu. Petang-petang kitorang lepak minum, kalau hari Jumaat nak weekend tu, malam tu pergi CC layan Dota sepam dua. Then, baru balik rumah. Rumah pun dekat. 20 minit je dah boleh sampai rumah.

Starting January 2012. I'm taking it to another level. Hopefully can get better chances and opportunities. We'll see how it goes.




p/s: Tiba-tiba rajin nak menaip. Kalau tak haromm nak update blog. KThxBye.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...