Nuffnang Top

Thursday, October 18, 2012

Hati-Hati Arak Kangkang Dari Geng Samun Kangkang




KUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika  mencuri lima karton minuman keras di sebuah pasar raya dekat sini baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku  pada 27 September lalu di   KK Supermart di Taman Bukit Serdang di sini  dilakukan secara berkumpulan yang turut melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak.

Menurut Pengurus Kawalan Keselamatan KK Supermart, S. Selvakumar, kejadian  hanya disedari selepas dia mendapati stok simpanan minuman tersebut berkurangan pada 29 September lalu.

“Apabila meneliti semula rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), beberapa suspek didapati berpakat mencuri  lima karton minuman keras yang setiap satunya seberat 12 kilogram dan satu pek minuman Milo.

“Lebih mengejutkan, rakaman itu menunjukkan barang-barang itu dicuri oleh seorang wanita yang menyembunyikannya di celah paha sebelum dibawa keluar,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...