Nuffnang Top

Monday, February 25, 2013

Kebanyakan masjid mula guna kipas gergasi


KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan Masjid Al-Ansar Taman Keramat di sini mengambil pendekatan luar biasa dalam menjadikan masjid lebih selesa kepada jemaah melalui pemasangan dua kipas gergasi.

Kipas dengan saiz ukur lilit sebesar lapan meter dipasang di masjid itu sejak September tahun lepas dan berharga RM45,000 seunit.

Ahli jawatankuasa masjid, Tajarudin Sharif memberitahu, pihak masjid memilih untuk memasang kipas itu kerana selain menyejukkan ruang solat, ia juga mampu menjimatkan bil elektrik hampir 30 peratus berbanding penggunaan penghawa dingin dan kipas bersaiz kecil.

Buktinya, bil elektrik masjid tersebut yang sebelum itu berjumlah RM3,000 sebulan telah turun kepada hanya RM2,400 sebulan.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...