Nuffnang Top

Thursday, August 29, 2013

Budak 5 Tahun Pun Jadi Mangsa Rogol



KUALA LUMPUR 26 Ogos - Akibat sering menonton video lucah, seorang remaja lelaki tergamak melampiaskan nafsu terhadap anak saudaranya yang baru berusia lima tahun di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung baru-baru ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu berlaku di bilik remaja berusia 15 tahun itu ketika keluarganya tiada di rumah.

Bagaimanapun perbuatan terkutuk remaja berkenaan terbongkar selepas kanak-kanak perempuan itu mengadu kepada ibunya mengalami kesakitan di bahagian kemaluan semasa membuang air kecil.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kanak-kanak tersebut memberitahu perkara sebenar selepas disoal ibunya semalam yang hairan dengan kesakitan dialami mangsa.
"Susulan itu, ibu mangsa terus membuat laporan polis terhadap adiknya itu yang bertindak merogol kanak-kanak berkenaan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek ketagihan menonton aksi-aksi seks di telefon bimbit dan sering memuaskan nafsunya sendiri dua kali sehari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...