Nuffnang Top

Thursday, August 29, 2013

Ibu Bijak Tinggal Anak Di Tengah Panas Dalam Kereta Berkunci


Ipoh: Seorang kanak2 lelaki menangis sekuatnya dan memangil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV milik ibunya yang diletak dihadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak.

Ketua MCA Ipoh Datuk Seri Micheal Chong berkata dia senditi menyaksikan pengalaman malang budak lelaki tersebut yang terperangkap pada hari sabtu lalu. Dia amat berharap agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.



Dari dalam kenderaan tersebut dapat dilihat yang dia telah berpeluh dengan banyak manakala enjin telah dimatikan, kemungkinan kanak-kanak tersebut telah terperangkap selama setengah jam.

Dia menambah sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan kanak-kanak malang tersebut kemungkinan dia akan mati kelemasan dalam kenderaan sepertimana tragedi yang berlaku terdahulu.

Ketua Bomba, Samsuddin Baki, tidak dapat memecahkan cermin kerana takut mencederakan kanak-kanak itu. kemudian dia dengan perlahan menasihatkan agar kanak-kanak itu membuka kunci pintu akhirnya beberapa minit setelah dipujuk kanak-kanak itu dapat membuka pintu kereta.

Kanak-kanak itu kelihatan amat cemas setelah dapat diselamatkan. Manakala ibu kanak-kanak kemudian telah disoal siasat dan diberi nasihat oleh pihak penyelamat.

Source

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...