Nuffnang Top
Tuesday, October 2, 2012
Harga gula mula naik
KOTA BHARU - Bukan sekadar berdepan kesukaran mendapatkan bekalan gula, malah pengguna turut terlibat dengan kenaikan harga barangan keperluan harian itu sejak beberapa hari lalu. Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai runcit sekitar Pengkalan Chepa, dan Kota Bharu mendapati krisis bahan makanan itu bermula selepas pembentangan Belanjawan 2013, Jumaat lalu.
Peniaga, Mohd Hamdhan Bakhtiar, 24, berkata, harga barangan keperluan harian itu naik kira- kira 20 sen berbanding sebelumnya. “Dari segi bekalan, ia tidak menjadi masalah tetapi harga yang diperoleh dari pembekal agak tinggi menyebabkan saya terpaksa menaikkan harga kepada RM2.60 sekilogram sejak Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di kedai runcitnya di sini, semalam.
Seorang lagi peniaga Rahimah Rahmat, 50, berkata, dia terpaksa menghentikan jualan gula buat sementara waktu selepas gagal mendapatkan barangan kawalan itu pada harga biasa. “Saya belum bersedia menjual gula pada harga baru yang mungkin sukar diterima umum akibat kenaikan secara mendadak,” katanya. Rahimah berkata, walaupun sedar tindakannya itu menyebabkan kebanyakan pelanggan mengalami masalah mendapatkan barangan tersebut, namun dia tidak mempunyai pilihan lain.
Labels:
Gila,
Random News
Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak
Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.
Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau. Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.
Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear. Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.
"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya. Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.
Labels:
Gila,
Random News
Monday, October 1, 2012
Mat Bangla bogel depan rumah bila bini jiran sidai kain!
SEREMBAN – Beberapa penduduk di Kampung Limbok, Temiang, di sini, rimas dengan gelagat warga asing yang selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah.
Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak aman dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya. Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20- an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah.
“Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya. “Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya, semalam. Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku.
“Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan,” katanya. Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung itu sering berkeliaran setiap malam. “Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk. “Kami bimbang akan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang berjalan kaki pulang ke rumah,” katanya.
Perumahan Johor: Mahal bagi rakyat Malaysia, menarik untuk ekspatriat Singapura
KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lebih ramai ekspatriat asing memilih untuk tinggal di Johor kerana rumah yang lebih murah dan besar, menurut laporan akhbar Singapura hari ini, sementara rakyat Malaysia masih tidak mampu membeli rumah. Tatkala ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah. Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia.
“Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini. Pasangan tersebut membeli rumah banglo lima bilik di Ledang Heights, Johor, yang mereka katakan lima kali ganda lebih luas dari kondominium mereka di Singapura, dan terdapat 100 orang ekspatriat yang terus berkembang. Dua anak mereka juga belajar di Marlsborough College di Johor selepas dibuka pada Ogos, menurut akhbar edisi hujung minggu Singapura, Straits Times. Perpindahan mereka dari Singapura ke Johor untuk melihat harga yang lebih murah bermula lima tahun lalu, menurut ajen hartanah kepada ST.
Mereka mula berpindah ke Nusajaya, iaitu sebahagian dari zon ekonomi Iskandar Malaysia di Johor yang bermula sejak tahun 2006. ST melaporkan projek perumahan seperti Horizon Hills, Leisure Farm Resort dan Ledang Heights di Nusajaya sedang rancak berjalan. Harga sewa rumah meningkat antara RM8,000 hingga RM20,000 sebulan manakala banglo berharga antara RM2 juta hingga RM7 juta. Ajen hartanah Jerry Lim berkata, mereka tidak berlengah-lengah lagi sejak pembukaan lebih banyak sekolah di Iskandar Educity. Separuh dari hartanah UEM Land dijual kepada warga asing termasuk rakyat Singapura, kata pemaju perumahan itu kepada ST.
Labels:
Facts,
Gila,
Random News
Rekod Malaysia: Kenduri kahwin paling ramai tetamu 130,000 org
130,000 hadir persandingan anak Ketua Menteri Melaka MELAKA – Seramai 130,000 tetamu hadir pada majlis persandingan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini semalam.
Majlis itu juga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan. Sijil pengiktirafan itu disampaikan oleh wakil MBR, Zulhairi Md. Zin kepada Mohd. Ali. Majlis persandingan Mohd. Ridhwan, 26, dan pasangannya, Nur Azieha Mohd. Ali, 26, yang bermula pada pukul 10 pagi dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum dari seluruh negeri Melaka.
Turut berangkat ke majlis itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kemudian berkenan menepung tawar pasangan yang mengenakan pakaian berona coklat. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin yang merupakan datuk kepada pengantin perempuan turut hadir.
Source
Subscribe to:
Posts (Atom)




